Tuesday, November 4, 2008

soalan spot edu.......exam semester 2-pismp ipgm

SOALAN 2

Terangkan dua komponen alam belajar berikut:

i) Fizikal :

ii) Psikososial : (4 markah)



(b) Nyatakan tiga jenis permainan kognitif dan berserta contoh yang
bersesuaian. ( 6 Markah )



2. Main adalah sebahagian daripada aktiviti yang boleh digunakan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran.
a) Terangkan dua ciri main. (4 markah)
b) Jelaskan tiga kepentingan main. (6 markah)


3. Guru perlu mengambil kira aspek-aspek perbezaan individu dan kecerdasan
pelbagai murid semasa merancang aktiviti pengajarannya.
(a) Terangkan dua aspek perbezaan individu. (4 Markah)


(b) Berikan empat cara guru boleh menangani masalah perbezaan individu
semasa menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. (6 Markah)



4. (a) Mengikut Maslow seseorang individu harus memenuhi keperluan asas
sebelum memenuhi keperluan sekunder.
Terangkan dua Hierarki Keperluan Maslow.
i. Keperluan asas:
ii. Keperluan sekunder: ( 4 Markah)


(b) Terangkan tiga cara yang boleh diambil oleh guru bagi memenuhi keperluan
murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran mengikut Hierarki Keperluan
Maslow. (6 Markah)


BAHAGIAN C. (40 markah)

Jawab semua soalan.

1. Melalui teori-teori pembelajaran, guru akan memahami pelbagai cara bagaimana
murid-murid belajar.

(a) Huraikan tiga implikasi teori Behavioris berdasarkan pandangan Skinner
kepada guru sebagai usaha meningkatkan pembelajaran dalam kalangan
kanak-kanak. (6 markah).

(b) Bincangkan penggunaan teori Pembelajaran Sosial untuk meningkatkan
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. (9 markah).


2. Model pengajaran merupakan satu perihalan persekitaran pembelajaran yang
digunakan sebagai panduan bagi merancang kurikulum, kursus dan penyediaan
bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran.
Berdasarkan pemahaman anda terhadap model-model pengajaran.

a) Huraikan tiga cara dalam kaedah ekspositori yang boleh digunakan bagi
membina pemahaman pelajar terhadap pengajaran dan pembelajaran. (6 markah).

b) Bagaimanakah strategi pemusatan murid boleh digunakan untuk
meningkatkan penguasaan ilmu secara berkesan di kalangan muridmurid
terhadap pengajaran dan pembelajaran? (8 markah).


3. a) Berikan lima ciri bilik darjah yang kondusif. (5 markah).

b) Berdasarkan Model Pengajaran Inkuiri, huraikan lima implikasi pengajaran
dan pembelajaran berkesan di bilik darjah. (5 markah).



SOALAN 3

MURID DAN ALAM BELAJAR (SPOT) (mohdnorizwansulaiman.wordpress.com-ipkb)

(a) Unsur-unsur yg terdapat dalam bilik darjah

i. suasana kondusif

ii. saling menghormati antara murid

iii. Nada suara yang sesuai

iv. Hubungan interpersonal.

(b) main

Ø Penting untuk perkembangan potensi kanak-kanak.

Ø usaha yang tinggi.

Ø Tujuan-tujuan bermain.

Ø Jenis-jenis permainan.

Ø Tahap tinggi dalam aktiviti sosial dapat memupuk komunikasi dan interaksi sosial



Ciri main dan komponen main.

(c ) formal dan bukan formal.

§ perbezaan

(d) apabila kita mula2 pengajaran

  • ikut tahap kecergasan
  • guna muzik

(e)teori behaviorisme

  • hirarki Gagne
  • fasa penekanan murid bentindakbalas terhadap pengatahuan yang dipelajari.

(f) teori pembelajaran

  • murid belajar dulu proses pemodelan tiru.

(g) teori humanistic meningkat kreativiti mereka

  • timbul perasaan tak bertanggung jawab murid.
  • baca sajak , fahami maksud sajak

- peneguhan teori pelaziman( operan)



v teori pembelajaran masteri

  • beri soal selidik, untuk dapatkan jawapan daripada 1 perkara/ soalan

v Teori pembelajaran Ekspositori

  • murid terlibat secara aktif dalam p&p

v teori Kecergasan Pelbagai Howard Gagne

v bagaimana guru nak berikan motivasi kepada pelajar

  • personaliti lebih unggul.
  • beri peneguhan terus kepada murid yang melakukan tingkah laku yang kita nak.
  • beri hukuman terus kepada murid yang melakukan kesalahan.

v 2 kompenan alam belajar

  • fizikal
  • ritual
  • psikososial

a) guru perlu kira aspek perbezaan individu & kecergasan pelbagai

  • terangkan 2 aspek perbezaan individu
  • beri cara-cara guru menangani perbezaan individu.



b) hierki Maslow

  • terangkan
  • bagaimana guru boleh penuhi keperluan murid ikut hirearki Maslow.

1. huraikan 3 cara pandangan skinner, Watson, pavlow.

  • bincangkan penggunaan teori pembelajaran Sosial dalam P&P.

2. model pembelajaran – 3 cara penggunaan kaedah ekspostori.

3. bagaimanakah teori pemusatan murid dapat digunakan.

4. cara perlu elak stress

  • strategi penggunaan bilik darjah untuk mewujudkan suasana yang kondusif,

5. 2 cara untuk tingkatkan kerjasama pelajar.

Struktur

Soalan 1

a) 5 elemen psikososial

b) 5 prinsip blik drjh

Soalan 2

a) knp aktvt bermain penting utk capai objktf pbelajaran

b) 5 jenis permainan ikut kategori pmainan social

Soalan 3

a) 5 kecerdasan Howard Gardner

b) 5 ciri gaya jenis accomodator

Struktur (IP PEREMPUAN MELAYU MELAKA)

1. murid alam belajar

2. Perbezaan individu dan motivasi pembelajaran

Esei

Maslow

Soalan 1

a) tujuan dpt kepuasan dlm hierarki yg lbh tggi

b) huraikn cri2 indvdu yg dnyatakan di atas

c) teori konstruktivisme : apa implikasi dlm pnp

soalan 2

Pendekatan pembelajaran penemuan

a) langkah sesuai utk jalankan aktviti pgajaran induktif dlm blik drjh.

b) cadangkan 5 cara utk jalankn penaakulan induktif dlm blik drjh scra berkesan

soalan 3

a) strategi pgurusan blik drjh utk kwujudan

b) 2 cara utk tingkatkan kerjasama dkalangan pelajar



Esei (IP PEREMPUAN MELAYU MELAKA)

1. Teori pembelajaran

2. Kaedah pengajaran dan rekabentuk psekitaran yg kondusif





Tarikan matahari terbenam


Matahari terbenam di Matsue hingga kini bagaimanapun hanya menarik sedikit perhatian daripada penduduknya berbanding pelancong asing.


KEINDAHAN menyaksikan pandangan matahari terbenam sukar untuk digambarkan dengan kata-kata.


SEBUAH bandar kecil tanpa sebarang industri terkenal di Jepun percaya mereka telah menemui sumber untuk meningkatkan masa depan dalam keadaan ekonomi yang sukar iaitu matahari terbenam.

Matsue, bandar yang dihuni oleh kira-kira 193,000 penduduk yang terletak di pulau Honshu, selatan Jepun yakin suasana matahari terbenam pada waktu petang mampu menarik kehadiran pelancong untuk menyaksikannya.

Pemandangan matahari terbenam bukanlah sesuatu yang baru di Matsue yang terletak di tebing tasik Shinji.

Lafcadio Hearn, penulis kelahiran Greek yang kemudian menggunakan nama Jepun, Yakumo Koizumi pernah mengatakan, dia begitu menggemari pemandangan matahari terbenam ketika menetap di bandar kecil itu pada lewat abad ke-19.

Daripada pujian tersebut, matahari terbenam di Matsue sehingga kini bagaimanapun hanya menarik sedikit perhatian penduduknya berbanding pelancong asing.

"Satu-satunya industri yang pantas berkembang di bandar ini ialah pelancongan. Idea ini muncul daripada keghairahan untuk memaksimumkan penggunaan matahari terbenam," kata Hajime Fujii, seorang pegawai majlis perbandaran.

Projek yang dimulakan pada bulan Ogos 2007, kini telah pun menunjukkan hasilnya. Pada tahun lalu, jumlah pelancong asing ke bandar tersebut meningkat sehingga 41.5 peratus kepada 34,898, lebih-lebih lagi apabila laman web rasmi mengenainya dilancarkan.

Di dalam laman sesawang tersebut, bandar Matsue mengeluarkan ramalan untuk minggu berikutnya. Kadar rating berdasarkan daripada kepastian hinggalah kemustahilan melihat matahari terbenam.

Data itu diperoleh daripada Agensi Meteorologikal Jepun. Tetapi penilaian dilakukan oleh pegawai perbandaran yang menegaskan, bahawa kadangkala matahari terbenam lebih cantik apabila hujan atau mendung berbanding pada penghujung hari yang cerah.


MATSUE terletak di lokasi strategik berhampiran bandar di tebing tasik Shinji.


Ramalan tersebut biasanya akan dilayari oleh hampir 7,000 individu setiap bulan. Selain itu, pihak berkuasa di bandar Matsue turut membina taman tasik istimewa untuk menyaksikan pemandangan matahari terbenam yang mendamaikan.

Pada satu petang dengan rating matahari terbenam cukup baik, berpuluh-puluh orang berkumpul di taman untuk melihat sendiri keindahan pemandangan kurniaan Tuhan.

"Sebelum ini, saya langsung tidak tahu bahawa Matsue merupakan satu tempat yang menarik," kata Masumi Koyanagi, seorang jururawat berusia 25 tahun dari pusat bandar Nagoya.

Dia berada di Matsue kerana menyertai lawatan profesional bersama rakannya apabila mereka membuat keputusan untuk melihat matahari terbenam. Kemudian, di atas keindahan yang sukar digambarkan dengan kata-kata, Masumi berkata, satu hari nanti dia pasti akan kembali ke Matsue.

"Ia begitu selesa dan menenangkan. Wilayah ini mempunyai kuasa memulih," kata rakan Masumi, Yumi Isogai, 24.

Matsue seperti kebanyakan bandar-bandar kecil lain di Jepun, telah cuba mempromosikan pelancongan sebagai cara untuk menambah kekurangan industri. Bandar-bandar lain telah melakukan segalanya termasuk membina kompleks seni yang moden hinggalah kepada mempromosikan makanan laut tempatan.

Boleh dikatakan Matsue amat bertuah kerana mampu mempertahankan pemandangan indah sedemikian rupa. Pada tahun 2004, bantahan mereka ke atas sebuah pembinaan janakuasa angin di kawasan kejiranan bandar berhampiran pergunungan tepi tasik itu berjaya mengelakkan kawasan tersebut daripada dicemari arus moden.

Mereka turut menentang pembinaan kondominium 14 tingkat di tepi tasik Shinji semata-mata mahu memastikan pemandangan matahari terbenam tidak ternoda.

Bandar itu kini dalam persediaan untuk mengadakan perhimpunan matahari terbenam komuniti Jepun pada November ini bagi menerangkan bagaimana mereka menggunakan sumber yang ada.

"Kami sedang merancang acara selama seminggu termasuk konsert dan simposium untuk membincangkan bagaimana kita boleh menggunakan sumber matahari terbenam," kata Fujii. - AFP

Monday, November 3, 2008

Mitsubishi Lancer Mitsubishi Lancer 2.0 GT Kenderaan Berprestasi Pilihan Ramai



Jentera ini umpama hot cake di pasaran. Malah Mitsubishi Motor Malaysia terpaksa menangguhkan sesi pandu uji ini kerana permintaan yang tinggi terhadapnya. Ianya mendapat sambutan yang begitu hebat sejak dilancarkan tahun lalu sehingga tiada kereta untuk dipandu uji.

Ramai juga rakan-rakan bertanya bila sesi pandu uji kenderaan yang sedan sport ini akan dilakukan. Menjangkakan tidak ada peluang tiba-tiba muncul e-mel, menjemput sesi pandu uji Mitsubishi Lancer GT pada bulan lalu. Kenderaan ini adalah dari generasi kelapan Lancer, sejak diperkenalkan dari tahun 1973.

Reka bentuk Ala EVO Melihat reka bentuk kenderaan ini, ada sentuhan dari model ‘abang’nya iaitu Evo. Ianya juga hasil dari prototype-X. Cukup gah dan berprestasi, buat penggemar kenderaan lumba, memiliki Lancer umpama entry level untuk ke model yang lebih tinggi lagi.

Namun bagi saya sendiri, Lancer GT sudah memadai. Rim sport 18 inci, spoiler di bonet belakang, rekaan grill racing di hadapan, sudah cukup bagi melihat kenderaan ini sebagai jentera perlumbaan. Dalaman Tetap Selesa Walaupun racing di luar, namun untuk kemasan dalaman, ianya tetap direka dengan mengutamakan keselesaan.



Walaupun dari set kulit Nappa, terutama kerusi hadapan dari jenis sport, namun ia masih selesa untuk orang biasa yang bukan kaki lumba. Tempat duduk belakang juga luas dan sesuai untuk membawa keluarga. Panel hadapan dengan empat saluran pendingin hawa menjanjikan tiada ruang panas. Meter mudah lihat, stereng dengan tukaran gear auto manual dan suis audio yang menampilkan bunyi yang berkualiti dengan 6 pembesar suara.

Tempat simpanan barang juga terdapat di beberapa bahagian. Panel hadapan dengan ton warna gelap dan sedikit sentuhan krom sebagai tambahan elemen perlumbaan. Malah ruang bonet juga luas, selain kerusi belakang boleh dijatuhkan untuk muatan yang panjang. Keseluruhan dalaman Lancer, selesa untuk apa jua tujuan.

Pemanduan Berprestasi Dengan kuasa enjin DOHC 2.0 16 injap, Lancer GT merupakan yang popular di kalangan pencabar-pencabar lain. All Wheel drive dan enjin dari aluminium blok yang ringan mampu menghemburkan 155ps kuasa yang sesuai untuk jalanan yang sesak atau lebuh raya. Ditambah dengan teknologi Mivec (Mitsubishi Innovative Valve Timing dan lift Electronic Control), merupakan sentuhan teknologi eksklusif yang mengawal masa untuk pengeluaran prestasi yang optima.

Ini terbukti ketika melalui jalan raya, terasa agak ringan memecut tetapi masih lagi stabil. Kuasa tork juga terserlah terutama menukar lorong atau dari hentian lampu isyarat. Juga dengan suspensi MacPherson dengan brek cakera depan dan belakang, keselamatan tetap diutamakan.

Antara ciri keselamatan yang ada seperti ABS (Sistem Brek Anti Kunci), EBD (Pengagihan Kuasa Brek elektronik), Bantu Brek, dan Beg udara SRS. Tukaran gear lancar dengan 6 kelajuan boleh juga untuk auto manual. Dengan CVT (Continuously Variable Transmission) dan INVECS-III, semua kelancaran dan keselesaan pemanduan dapat dirasai hasil teknologi ini. Dengan RISE (Reinforced Impact Safety Evolution), badan kereta ini direka untuk menahan penumpang dari zon hentaman.


Yang Menarik & Berbaloi

Jika melihat model dari cc yang sama pada jenama lain, sudah pasti Lancer GT ini yang paling berbaloi. Dengan enjin 2.0, reka bentuk menarik, harga yang agak kompetetif, ianya menjadi pilihan mereka yang suka akan sesuatu yang sport, tetapi masih berupaya untuk tujuan aktiviti keluarga. Dua dalam satu.

Ditambah pula dengan keadaan ekonomi sekarang dengan kesan peningkatan harga minyak, memilih kenderaan yang boleh membawa muatan dan dalam masa yang sama tetap bergaya menjadi pilihan ramai. Dengan satu isian penuh tangki minyak, ianya mampu membawa anda sejauh 540km juga mengikut cara pemanduan anda.

Pada pendapat saya, kenderaan ini merupakan sesuatu yang perlu diberi perhatian jika anda mahu membeli kenderaan baru jenama luar. Selain prestasi dan keselamatan yang selari, Lancer GT yang paling ‘panas’ di pasaran kini.

Harga atas jalan yang ditawarkan untuk kenderaan import, kuasa 2.0 yang selesa dan gaya perlumbaan ini pada harga atas jalan RM115,980 (Atas Jalan). Tiada sebab mengapa anda tidak mahu memilihnya!

Spesifikasi
Model: Mitsubishi Lancer 2.0 GT
Enjin: 1998 cc DOHC MIVEC
Kuasa: (155ps) kuasa kuda pada 6000rpm
Tork: 199 (Nm) / 4250 rpm
Transmisi: INVECS –III CVT dengan mod Sport
Kapasiti minyak: 59 liter

Tadika swasta pilihan ibu bapa



Anak-anak yang menerima pendidikan sempurna dan terbaik sejak awal sememangnya mempunyai masa hadapan yang cerah untuk berjaya. Dahulu, ibu bapa akan menghantar anak-anak ke sekolah tadika di bawah kendalian kerajaan agar anak-anak mereka boleh belajar sedikit sebanyak mengenal huruf dan nombor. Selain itu anak diharap juga dapat belajar bergaul dan berkomunikasi dengan baik sesama rakan seusia.



Kini bila zaman semakin moden, pendidikan anak-anak lebih menjadi keutamaan ibu bapa. Untuk itu lebih banyak tadika berbayar yang lebih moden dan menepati keperluan pendidikan untuk anak-anak ditubuhkan. Malah ramai ibu bapa yang sanggup membayar mahal bagi memastikan anak mendapat pendidikan awal yang terbaik di tadika.

Jika zaman dahulu, tujuan menghantar anak-anak ke sekolah tadika adalah untuk anak-anak belajar berdikari sebelum memasuki alam persekolahan yang sebenar, namun kini sebaliknya berlaku. Disebabkan ibu bapa sibuk dengan kerja maka mereka meletakkan urusan mendidik anak kepada guru di tadika dan juga di sekolah.

Namun tidak semua ibu bapa mampu menyediakan sejumlah wang bagi menampung keperluan anak-anak mereka. Ada di kalangan ibu bapa menghantar anak-anak di tadika yang mungkin tidak diiktiraf skop pelajarannya ibarat melepaskan batuk di tangga.

Sejajar dengan kemajuan ekonomi dan perkembangan sektor pendidikan, ibu bapa sepatutnya telah bersedia sejak dari awal lagi untuk memenuhi keperluan pendidikan anak-anak. Oleh itu, tadika bagaimanakah yang menjadi pilihan ibu bapa pada masa kini? MW meninjau komen daripada para ibu.

Artikel penuh di dalam MW minggu ini.


Teliti aspek keselamatan, pengisian pelajaran dan kebersihan.

- Hajah Mahanom Haji Basri, Presiden Persatuan Taska Negeri Selangor

“Pada pendapat saya, ibu bapa bebas untuk menghantar anak-anak mereka sama ada di taska yang murah bayaran yurannya atau yang mahal. Tetapi harus diingat, tidak semesti yang mahal itu terbaik dan yang murah itu tidak berkualiti. Apa yang perlu diberi keutamaan oleh para ibu bapa sebelum menghantar anak-anak mereka ke taska ialah memastikan terlebih dahulu pengisian pelajaran yang ditawarkan di taska tersebut kerana ia merupakan salah satu perkara utama yang perlu diberi perhatian. Di samping itu, pastikan juga tenaga pengajar di tadika tersebut terlatih dan telah mengikuti kursus seperti yang telah ditetapkan.

"Satu lagi aspek kebersihan memainkan peranan penting sebelum ibu bapa mengambil keputusan untuk menghantar anak-anak ke taska itu. Jangan hanya pandang dari segi luaran sahaja kerana ibu bapa juga perlu memastikan bahawa setiap taska mestilah berdaftar dan mempunyai lesen perniagaan yang sah.

"Walau pun taska bukanlah satu bentuk perniagaan, namun pihak berkuasa tempatan akan memberikan lesen yang sah kepada taska-taska yang berdaftar. Lesen-lesen ini biasanya dipaparkan oleh pihak pengusaha taska untuk makluman ibu bapa. Di samping itu juga antara aspek-aspek lain yang perlu diambil perhatian oleh ibu bapa sebelum menghantar anak mereka ke taska ialah membuat penelitian dari aspek keselamatan seperti keselamatan bangunan yang dijadikan taska, premis mestilah mendapat kelulusan keselamatan daripada bomba dan kelulusan daripada Jabatan Kesihatan iaitu dari segi tahap kebersihan penyediaan makanan.

"Sebagai perlindungan, tenaga pengajar dan mereka yang bertanggungjawab menyediakan makanan untuk kanak-kanak di taska, dimestikan mendapat suntikan khas bagi mengelakkan penyakit berjangkit kerana seperti yang kita ketahui, kanak-kanak mudah mendapat penyakit. Jadi sebagai langkah pencegahan, suntikan ini berfungsi sebagai pelindung. Pokok pangkalnya apa yang paling penting sebelum ibu bapa menghantar anak-anak ke taska, teliti terlebih dahulu aspek-aspek penting ini,” jelas Hajah Mahanom.








cam best je....

Petik dan berpusing!


SGH-F200 mempunyai bukaan berpusing.


TELEFON bimbit Samsung SGH-F200 menawarkan pengalaman muzik yang hebat walaupun memiliki tubuh yang kecil dan ringan.

Ia direka menarik dengan bukaan berpusing apabila melakukan petikan pada telefon untuk membukanya. Telefon ini ternyata memiliki gaya dan tentunya menepati cita rasa mereka yang berjiwa trendy.


REKAAN yang bersesuaian untuk pengguna trendy.


Dilengkapi dengan pemain muzik digital yang memainkan format muzik MP3 / AAC / AAC+ / e-AAC+ / WMA, ia juga memiliki fungsi radio FM. Jadi, telefon bimbit ini bukan sahaja melakukan fungsi telefon, bahkan boleh dijadikan pusat hiburan anda.

Ia memiliki memori dalaman 512 Megabait dan menerima memori luaran sehingga 2 Gigabait.

Telefon itu kini berada di pasaran dan dijual pada harga RM799.

Gambar planet dan matahari baru



SEBUAH planet dari luar sistem solar sedang mengorbit sebuah bintang menyerupai matahari.


SEBELUM ini, kita mungkin hanya mendengar tentangnya. Tetapi kini, gambarnya sudah dirakamkan.

Saintis baru-baru ini berjaya merakamkan imej sebuah planet di luar sistem solar yang sedang mengorbit sebuah bintang yang menyerupai matahari. Ia merupakan imej pertama yang berjaya dirakamkan.

Dirakamkan menggunakan teleskop Gemini North di Mauna Kea, Hawaii, planet tersebut hampir menyerupai saiz Musytari tetapi mempunyai jisim lapan kali ganda.

Planet dan matahari itu terletak di galaksi Milky Way kira-kira 500 tahun cahaya dari bumi.

permainan terbang terkecil dunia





SYARIKAT gergasi Jepun, Tomy baru-baru ini telah mempamerkan permainan terbang kawalan jauh terkecil di dunia yang dinamakan QFO.

Dikendalikan dengan alat kawalan jauh inframerah, QFO yang hanya berdimensi 65 x 65 x 43 milimeter dan berat hanya 9 gram telah dipamerkan di Tokyo, Jepun.

QFO yang dilengkapi dengan router di sebalik tubuhnya boleh terbang seakan piring terbang.


BERATNYA hanya sembilan gram.