Monday, November 3, 2008

7 Teknik Motivasi Diri Menjelang Peperiksaan





Menjelang peperiksaan, bermacam perasaan akan bermain di dalam diri anda. Kadang-kadang anda rasa berdebar, kadang-kadang pula anda rasa gembira kerana penantian anda selama ini akan berakhir. Walau apa pun yang anda rasakan, anda perlu sentiasa menaikkan tahap motivasi anda untuk menghadapi peperiksaan.

Ada sahabat saya seorang guru yang bergurau dengan saya dengan mengatakan, “Pelajar yang pergi kursus motivasi ni, masa dalam kursus, semangat mereka panas membara. Mereka berkobar-kobar hendak belajar dengan lebih tekun dan mahu mencapai kejayaan yang selama ini nampak mustahil. Pendek kata, memang panaslah….

Tetapi, habis sahaja kursus, dalam perjalanan balik ke rumah, bila dah kena angin yang bertiup, terus je diorang sejuk. Belum sampai ke rumah lagi pun dah sejuk. Habis, macam nak bersemangat untuk berusaha?”

Saya tergelak mendengar celoteh sahabat saya ini. Bila difikirkan, ada betulnya. Kursus motivasi boleh menaikkan semangat pelajar dengan cepat tetapi selalunya cepat pula semangat mereka turun semula. Saya terfikir, mengapa ini terjadi?

Ada banyak sebab mengapa ini terjadi. Tetapi satu sebab yang saya nampak dengan jelas ialah, kursus motivasi sebenarnya bukan sahaja cuba menaikkan semangat pelajar ketika kursus dijalankan, ia juga

selalunya membekalkan teknik-teknik yang patut diamalkan agar pelajar sentiasa bersemangat untuk berusaha. Teknik-teknik ini selalunya dikenali sebagai teknik untuk memotivasikan diri sendiri.

Mungkin pelajar terlupa akan kepentingan teknik ini. Mungkin juga pelajar gagal mendisiplinkan diri untuk mencuba teknik-teknik tersebut.

1. Kekalkan Imej Kejayaan

2. Dekati Sahabat Berfikiran Positif

3. Jauhi Sahabat Berfikiran Negatif

4. Mulakan dengan api yang kecil

5. Lakonkan Watak Kejayaan

6. Kurangkan Tekanan Perasaan

7. Doa

No comments: