Monday, November 3, 2008

cam best je....

Petik dan berpusing!


SGH-F200 mempunyai bukaan berpusing.


TELEFON bimbit Samsung SGH-F200 menawarkan pengalaman muzik yang hebat walaupun memiliki tubuh yang kecil dan ringan.

Ia direka menarik dengan bukaan berpusing apabila melakukan petikan pada telefon untuk membukanya. Telefon ini ternyata memiliki gaya dan tentunya menepati cita rasa mereka yang berjiwa trendy.


REKAAN yang bersesuaian untuk pengguna trendy.


Dilengkapi dengan pemain muzik digital yang memainkan format muzik MP3 / AAC / AAC+ / e-AAC+ / WMA, ia juga memiliki fungsi radio FM. Jadi, telefon bimbit ini bukan sahaja melakukan fungsi telefon, bahkan boleh dijadikan pusat hiburan anda.

Ia memiliki memori dalaman 512 Megabait dan menerima memori luaran sehingga 2 Gigabait.

Telefon itu kini berada di pasaran dan dijual pada harga RM799.

No comments: